Friday, December 28, 2012

Perasaan Yang Hadir Di Hati


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,


Alhamdulilllah segala puji bagi Allah pencipta seluruh isi Alam semesta. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang telah membimbing umat Manusia ke jalan yang di redhai Allah s.w.t..

Hamba yang di kasihi Allah sekalian,

     Apakah perasaan yang hadir di hatimu saat ini???sedih?gembira?marah?takut?sunyi?
     
     Apa-apa pun jawapanmu..hakikatnya perasaan itu adalah datang dari Allah..Saat ini kita gembira,mungkin sesaat akan datang kita akan rasa sedih..Hati itu ibarat Musim yang akan bertukar mengikut waktunya...

    Sesungguhnya Maha Suci Allah adalah pemilik hati ini. Hargailah apa jua perasaan yang hadir dalam hati kita kerana semuanya datang dari Allah.

   Kadang2 kita mempersoalkan kenapa ya Allah menghadirkan perasaan yang kita tidak suka?tidak boleh ka kalau perasaan happy je sepanjang hayat...
Allahurabbi..padahal kita tidak berhak untuk mempersoalkannya kerana Allah itu Maha Mengetahui..Firman Allah:

   Sepatutnya kita memperbanyakkan zikrullah agar dapat mengawal perasaan yang hadir dalam hati kita itu..Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 41-43.

“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah kepada Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.”

Saudara2ku yang di kasihi Allah,
  
    Marilah kita sama2 tingkatkan iman,mantapkan ibadah. Serahkan cinta suci kita kepadaNya, InshaAllah akan hadir perasaan yang indah kepada kita..

Wallahualam.