Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulilllah segala puji bagi Allah tuhan semesta Alam. Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang telah membimbing umat Manusia ke jalan yang di redhai Allah s.w.t..
Lama rsanya xupdate blog ni.... di hrp kwn2 dan saudara2ku smua cht dan sentiasa di bawah jagaan Allah... Di sini aku ingin brtnya apa prasaan anda ketika ini?? adakah sedih sebab di tuduh bt sesuatu yg kita tidak bt @ sdng rsa kecewa dgn prbuatan seseorg ???
Pernah ke x kwn2 smua dengar ungkapan ini:
"Orang gila pun xkn mngaku dia gila..Pencuri pun xkn mngaku dia mncuri..Dia bt jahat xkn dia nk mngaku dia bt jahat.."
Kita Manusia biasa yg xlari drpd menbuat kesilapan. Kadang2 kita suka bt tuduhan trhadap seseorg wlaupn kita tdk thu asa usul cerita sebenar, kita tgk dgn mata kasar atau dgr pnjelasan dri sbelah pihak lps tu trus bt mcm2 andaian dan tuduhan yg x brasas. Siapa kita nak bt seseorg mcm tu? Dan Bayangkn mcm mna klau kita yg brada di tmpt mrka, apa prasaan kita ketika itu???
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."{Surah Al-Hujurat:6}
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” {Surah al-Isra:36}
Dalam sesetengah keadaan pula, sekali seseorg itu bt salah di ungkit2, walhal org itu tlh brtaubat dan tdk mlakukn lg bnda2 sbegitu.. Hati-hatilah melontarkn kata-kata kerana lidah itu lebih tajam drpd pedang.
Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kita mengawal lidah agar tidak timbul perselisihan dan perbalahan. Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk kerana ahlinya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak menghasut dan mempelagakan antara satu sama lain.
Luqmanul Hakim pernah ditanya: "Apakah falsafah hidupmu?" Beliau menjawab: "Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku."
Tidak syak lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan sahaja menjadikan seseorang itu menerima seksaan Allah malah kesannya amat buruk kepada masyarakat. Kesan percakapan yang tidak sihat dan tuduh menuduh, umpat mengumpat dan hasut menghasut menjadikan sebuah masyarakat huru-hara dan porak peranda. Doakan saja apa yang jadi semua ni adalah iktibar dan banyak hikmah di sebaliknya. bagi sesipa yang ada mind positive lebih pasrah dengan kehendak Allah, dan bagi sesiapa yang ada mind negative, cuba kita bawak sabar sikit. Dalam apa-apa hal pohonlah keredhaan ALLAH dan perlindunganNYA supaya kita tak terjerumus untuk menambah dosa aibkan orang sesuka dan sesedap rasa.
Dunia akhir zaman yang dipenuhi dgn pelbagai fitnah....nauzubillahi min zaalik.
#Sama2lh kita bertaubat dan memohon keampunan dri Allah... Kawan2 aku mohon maaf andai dri ini melakukn kesilapan.